Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Raub: Februari 2011

Ahad, 27 Februari 2011

Bangunan Prasekolah Baru

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...


Gambar Terbaru

Imej Dalam Pembinaan

Imej Dalam Pembinaan
SJK (T) Raub bakal memiliki bangunan baru yang akan siap tak lama lagi..Tahniah.Kerja-kerja pembinaan memang dah hampir siap. Disini saya poskan imej-emej terbaru bangunan prasekolah yang baru....so lepas ni boleh la pelajar-pelajar pra kita belajar dengan lebih selesa dalam bangunan yang serba cantik ini....

Khamis, 17 Februari 2011

Acara Merentas Desa Pada Tahun 2010

Salam sejahtera dan salam 1MALAYSIA buat semua yang mengikuti blog ini...
disini disediakan video Acara Merentas Desa pada tahun 2010 yang berlangsung di SJK (T) Raub. Buat guru-guru dan kakitangan yang bertukar semoga ini menjadi kenangan buat anda semua. Kepada semua yang terlibat dalam acara tersebut terima kasih daun keladi. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Sudilah memberi komen, cadangan atau kritikan yang membina. Harap terhibur kepada yang menonton....

BLOG RASMI SEKOLAH DALAM PEMBIKINAN

Salam sejahtera buat warga sekolah serta pelajar...tak lupa juga kepada semua yang mengikuti blog rasmi SJK (T) Raub. Buat masa sekarang blog sekolah ini masih dalam pembikinan semoga semua yang mengikuti kehadiran blog ini dapat memberikan pandangan dan cadangan serta idea untuk memantapkan lagi kandungan blog ini. Blog ini adalah sebagai langkah membudayakan lagi ICT kepada warga sekolah, pelajar dan semua yang terlibat. Ia adalah wadah informasi mengenai sekolah. Semua maklumat-maklumat am sekolah akan dimuatkan dari semasa ke semasa. Kepada semua diharap sentiasa mengikuti perkembangan blog sekolah.
Sekian dari saya...Editor blog rasmi SJK (T) Raub...

Terima Kasih Daun Keladi...Semoga Berjumpa lagi...